EKONOMI > BERITA

QNET SASAR JUALAN PRODUK GAYA HIDUP, KESEJAHTERAAN NAIK 25 PERATUS

04/07/2024 12:51 PM

Oleh Rozainah Abdul Rahim

PETALING JAYA, 4 Julai (Bernama) -- QNET, rangkaian jualan langsung global yang memfokuskan pada gaya hidup dan kesejahteraan menyasarkan peningkatan jualan sebanyak 25 peratus bagi produknya tahun ini.

Ketua Pegawai Pemasaran QNET Trevor Kuna berkata syarikat itu memberi tumpuan kepada rangkaian kesejahteraannya iaitu Amezcua, produk rumah dan kehidupan HomePure, dan produk pemakanan EDG3 Plus yang menampilkan formula berkhasiat dengan kunyit berkualiti tinggi.

“Kami menyasarkan peningkatan jualan sebanyak 25 peratus untuk produk-produk ini. EDG3 Plus yang dilancarkan pada 2022, telah diperbaiki dengan nutrien tambahan dan kini menjadi salah satu produk kami yang paling popular.

"EDG3 Plus adalah produk pemakanan yang dihasilkan untuk menyokong kesihatan dan kesejahteraan secara keseluruhan. Ia kaya dengan vitamin dan mineral penting, menyokong tahap tenaga dan meningkatkan fungsi imun kerana mengandungi Tumacin, Vitamin D dan asid amino Glutathione," katanya kepada Bernama.

Kuna berkata Tumacin dihasilkan daripada kunyit, yang digunakan dalam kedua-dua perubatan Ayurveda dan Perubatan Tradisional Cina untuk masalah kulit, masalah pernafasan, melegakan sakit sendi dan masalah pencernaan.

Menurutnya, produk dalam bentuk sachet itu menggalakkan kesejahteraan secara keseluruhan, membantu mengekalkan tenaga sepanjang hari dan menyokong sistem imun yang sihat.

Selain itu, Kuna berkata QNET juga menyasarkan untuk meningkatkan jualan produk-produk seperti HomePure Nova, sistem penapisan air premium, dan HomePure Zayn, pembersih udara canggih yang direka untuk menghilangkan pencemaran udara sehingga 99.8 peratus bagi menyediakan persekitaran dalaman yang lebih sihat.

Kuna juga turut menekankan produk Amezcua iaitu rangkaian produk kesejahteraan yang disokong oleh sains yang berfungsi pada medan tenaga (biofield) manusia, juga dikenali sebagai chakra yang merupakan pemusatan tenaga berkaitan dengan organ dan saraf, dan meridian, iaitu garis tenaga yang merentasi seluruh tubuh.

Beliau berkata Amezcua E-Guard X adalah peranti yang direka untuk mengurangkan kesan berbahaya radiasi elektromagnetik, manakala Bio Disc 3 mencipta getaran halus untuk penstrukturan semula air dengan memanfaatkan kuasa tenaga kuantum.

Selain itu, Amezcua Chi Pendant 4 direka untuk meningkatkan tahap tenaga dan kesejahteraan keseluruhan. Semua produk Amezcua, termasuk E-Guard X, Bio Disc 3 dan Chi Pendant 4 adalah unik kerana menggabungkan teknologi resonans Amezcua.

QNET yang berpangkalan di Hong Kong adalah antara syarikat jualan langsung berasaskan e-dagang terkemuka di Asia, menawarkan pelbagai produk kesihatan, kesejahteraan dan gaya hidup yang memperkasakan usahawan di lebih 100 negara di seluruh dunia.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan