EKONOMI > BERITA

MENANGI PELBAGAI HADIAH MENARIK DALAM PERADUAN HARI PMKS UNIFI BUSINESS

05/07/2024 09:24 PM

KUALA LUMPUR, 5 Julai (Bernama) -- Unifi Business telah melancarkan peraduan sosial yang menawarkan pelbagai hadiah menarik termasuk motosikal EV bagi meraikan Hari PMKS.

Peraduan Hari PMKS itu yang berlangsung dari 27 Jun lepas hingga 15 Julai ini menggalakkan peserta membuat ulasan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) tempatan kegemaran mereka di media sosial menggunakan tanda pagar #BelanjaDiSME dan #SapotLokal.

Unifi Business dalam kenyataan menyebut peraduan itu sebagai sebahagian inisiatif berterusan bagi membantu membentuk daya tahan PMKS ke arah kejayaan digital.

Bagi mengambil bahagian, peserta perlu mengikuti Unifi Business di TikTok dan Facebook dan mencipta video ulasan jenama, kedai atau perniagaan tempatan kegemaran mereka.

Peserta kemudian perlu menyiarkannya di media sosial mereka dengan menggunakan tanda pagar #BelanjaDiSME, #SapotLokal dan #UnifiBizSapotLokal, tag @UnifiBusiness serta memastikan profil mereka dapat diakses umum untuk layak menang.

Video paling kreatif akan memenangi hadiah utama iaitu motosikal EV serta hadiah menarik lain termasuk telefon pintar Samsung Galaxy S24, peralatan penstriman langsung, komputer riba Asus ExpertBook, jam tangan pintar Samsung dan baucar e-dompet TnG bernilai RM100.

Selain peraduan itu, Unifi Business turut mengadakan sesi langsung TikTok mingguan setiap malam Khamis bagi menyediakan platform untuk perniagaan mikro mempamer dan menjual produk mereka sekali gus menyokong perusahaan tempatan.

Unifi Business juga menjalankan Podcast ‘#Unibizity: Hustle Demi Hasil’ yang menawarkan petua berharga dalam memulakan dan meningkatkan perniagaan serta meraikan beberapa PMKS dengan menyediakan masa siaran di radio Hot FM kepada perniagaan seperti My Mum's Bakery, Mama Best Food, Kambing Yang Aneh dan Cendol Kg Hulu.

Unifi Business sentiasa komited menyokong PMKS Malaysia dengan menyediakan rangkaian perkhidmatan dan penyelesaian digital bagi memenuhi keperluan, menawarkan perundingan percuma dan sokongan premium melalui perunding Unifi Business.

Untuk maklumat lanjut dan promosi serta tawaran terkini, layari biz.unifi.com.my dan ikuti Unifi Business di Facebook dan TikTok.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan