EKONOMI > BERITA

AFFIN BANK MODENKAN PEMBAYARAN MASA NYATA, TINGKAT KECEKAPAN 75 PERATUS

10/07/2024 06:43 PM

KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) -- Affin Group telah bekerjasama dengan ACI Worldwide, tersenarai Nasdaq, untuk memodenkan keupayaan pembayaran masa nyata bank itu sebagai sebahagian daripada perjalanan transformasi digitalnya selain memperkemas operasi dan meningkatkan pengalaman pembayaran pelanggan.

Usaha baharu ini menawarkan sistem terpusat yang menggabungkan semua arahan pembayaran daripada pelbagai saluran serta menyatukan pembayaran bernilai tinggi dan bernilai rendah, kata bank itu dalam satu kenyataan hari ini.

Perkongsian dengan ACI Worldwide, peneraju global dalam misi kritikal, perisian pembayaran masa nyata turut menyasarkan 75 peratus peningkatan kecekapan melalui proses automasi dan menghapuskan tindakan manual, sekali gus, mengurangkan ralat.

Kumpulan itu juga akan mengendalikan lebih 20 peratus lagi transaksi, menyokong pertumbuhan dan skalabiliti.

Affin Bank Bhd beroperasi sebagai entiti pegangan kewangan Affin Islamic Bank Bhd, Affin Hwang Investment Bank Bhd dan Affin Moneybrokers Sdn Bhd. 

Generali Insurance Malaysia Bhd dan Generali Life Insurance Malaysia Bhd adalah syarikat gabungan Affin Bank Bhd.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan