EKONOMI > BERITA

AIROD, BAR AVIATION PEROLEH PROJEK PENYELENGGARAAN PESAWAT US$1.5 JUTA DI UGANDA

18/07/2024 07:03 PM

KUALA LUMPUR, 18 Julai (Bernama) -- Syarikat penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) pesawat di Malaysia AIROD Sdn Bhd telah meraih projek US$1.5 juta (US$1=RM4.66) menerusi kerjasamanya dengan BAR Aviation Ltd untuk menyelenggara pesawat jenis L100 di Uganda.

Ia menandakan kerjasama kali kedua antara kedua-dua syarikat tersebut.

AIROD dalam satu kenyataan hari ini berkata projek itu akan dilaksanakan oleh sepasukan 11 ahli profesional termasuk dua jurutera.

"Menjangkau 180 hari, pasukan perkhidmatan global (GLS) menyasarkan untuk menetapkan standard baharu dalam perkhidmatan penyelenggaraan penerbangan," katanya.

Ia berkata pasukan GLS adalah unit khusus dalam AIROD yang menyediakan perkhidmatan di lapangan untuk pesawat Hercules C-130/L100 di seluruh dunia termasuk perkhidmatan lapangan untuk pesawat dan pengubahsuaian serta sistem pengendalian untuk menunjukkan peralatan, menganalisis kerosakan dan menawarkan perundingan teknikal.

“Setakat ini, pasukan itu menyediakan perkhidmatan ini di beberapa negara termasuk Indonesia, Filipina, Bangladesh, Sri Lanka, Emiriah Arab Bersatu, Yaman, Jordan, Tunisia, Mali, Botswana, Ecuador, Afghanistan dan Malaysia.

“Kerjasama ini bukan sahaja menekankan kepentingan kerjasama antarabangsa tetapi juga menandakan visi bersama untuk memupuk pertumbuhan dalam sektor aeroangkasa di benua Afrika dan wilayah lain,” katanya.

BAR Aviation adalah sebuah syarikat terkemuka di Afrika yang menyediakan rangkaian perkhidmatan penerbangan komprehensif termasuk penerbangan sewa khas, pengangkutan kargo serta penyelenggaraan pesawat dan pengubahsuaian.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan