EKONOMI > BERITA

MOF KAJI INISIATIF PELAKSANAAN VOP BAGI BAHAN BINAAN KONTRAK KERJA KERAJAAN

18/07/2024 10:45 PM

KUALA LUMPUR, 18 Julai (Bernama) -- Kementerian Kewangan (MOF) sedang melaksanakan satu kajian untuk menyediakan inisiatif pelaksanaan Syarat bagi Perubahan Harga (VOP) bagi item atau bahan binaan dalam kontrak kerja kerajaan yang menerima impak kenaikan kos secara ketara berikutan penyasaran subsidi diesel di Semenanjung Malaysia.

MOF menjelaskan penggunaan diesel dalam industri pembinaan sebelum pelaksanaan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) adalah menggunakan harga komersial iaitu harga diesel tanpa subsidi.

“Namun yang demikian, Kementerian Kewangan cakna dengan rungutan serta keluh kesah pihak kontraktor dan industri pembinaan,” jelasnya dalam jawapan bertulis yang disiarkan menerusi laman sesawang Parlimen, pada Khamis.

Kementerian itu menjawab pertanyaan Wong Shu Qi (PH-Kluang) mengenai pemberian subsidi diesel kepada kontraktor G1, G2, dan G3 yang terlibat dalam kerja tanah, elektrik dan sebagainya. 

MOF menambah dengan pelaksanaan SKDS melalui perutusan Perdana Menteri pada 21 Mei, 2024 yang telah bersetuju ke atas penyasaran subsidi diesel di Semenanjung Malaysia dengan tarikh kuat kuasa adalah 10 Jun, 2024, penyasaran subsidi itu membabitkan 10 jenis kenderaan diesel pengangkutan awam dan 23 jenis kenderaan diesel pengangkutan barangan darat di bawah SKDS.

“Tiada cadangan untuk menambah bilangan kenderaan yang diberikan diesel bersubsidi,” tambah MOF.

-- BERNAMA

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan