EKONOMI > BERITA

PEMBELIAN TANAH GENTING PLANTATIONS DI JAKARTA BERI IMPAK KEPADA HUTANG BERSIH PADA TAHUN KEWANGAN 2025

22/07/2024 01:50 PM

KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Pembelian tanah baharu Genting Plantations Bhd menerusi anak syarikat milik penuh tidak langsung di Indonesia akan memberi kesan kepada hutang bersih syarikat dan tahap kadar hutang pada tahun kewangan 2025, kata firma penyelidikan.

Unit Genting Plantations telah membeli dua bidang tanah sebelah menyebelah di Jakarta berkeluasan 152 hektar pada harga 2.052 trilion rupiah (RM593 juta) untuk menjalankan aktiviti berkaitan pembangunan hartanah seiring dengan objektif pengembangannya di Indonesia.

Cadangan pembelian tanah itu dijangka selesai pada suku pertama 2025.

Kenanga Investment Bank Bhd dalam satu nota penyelidikan berkata pembelian itu akan meningkatkan unjuran hutang bersih syarikat itu pada akhir tahun kewangan sebanyak RM1.23 bilion (22 peratus penggearan bersih) kepada RM1.58 bilion (29 peratus tahap kadar hutang bersih).

"Justeru itu, kami menurunkan jangkaan pendapatannya bagi tahun kewangan 2025 sebanyak tiga peratus dengan mengambil kira kos kewangan lebih tinggi," katanya.

Oleh itu, Kenanga Investment mengekalkan saranan "market perform" terhadap syarikat itu pada harga sasaran RM6.00.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan