EKONOMI > BERITA

ICSB Bayar Dividen RM147 Juta Kepada Yayasan Sabah

07/08/2024 08:21 PM

KOTA KINABALU, 7 Ogos (Bernama) -- Innoprise Corporation Sdn Bhd (ICSB) membayar dividen sebanyak RM147 juta kepada syarikat induknya, Yayasan Sabah, di sini.

Dalam kenyataan hari ini, Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata ICSB, syarikat berkaitan kerajaan negeri, turut membayar RM3.5 juta kepada kerajaan Sabah.

Pengerusi Eksekutif ICSB Datuk Jasnih Daya menyerahkan cek bernilai RM3.5 juta kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Datuk Seri Safar Untong di Menara Kinabalu.

Jasnih juga menyerahkan cek bernilai RM147 juta kepada Pengarah Yayasan Sabah Datuk Ghulam Haidar Khan Bahadar.

Pada majlis berasingan di Menara Kinabalu, syarikat berkaitan kerajaan Sabah, Angkatan Hebat Sdn Bhd membayar dividen sebanyak RM4.681 juta kepada Qhazanah Sabah Bhd, cabang pelaburan strategik kerajaan negeri Sabah.

Cek tersebut disampaikan oleh Pengerusi Angkatan Hebat Datuk Rahim Ismail kepada Pengerusi Qhazanah Sabah Datuk Dr Yusuf Yacob dengan dihadiri Hajiji dan Safar.

Hajiji turut menyaksikan penyampaian dividen daripada syarikat milik penuh kerajaan negeri, Saham Sabah Bhd (SSB).

Pengerusi SSB Datuk Rusdin Riman menyerahkan cek bernilai RM7.3 juta kepada Safar pada majlis tersebut.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan