EKONOMI > BERITA

Bursa Gantung Jualan Singkat Genetec, Notion

23/08/2024 12:42 PM

KUALA LUMPUR, 23 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia menggantung jualan singkat harian (IDSS) Genetec Technology Bhd (0104) dan Notion Vtec Bhd (0083) pada sepanjang hari ini berikutan pelanggaran had harga.

Menurut bursa dalam pengumuman ‘khas’ berasingan, penggantungan itu dibuat selepas kedua-dua saham turun lebih 15 peratus daripada harga rujukan.

Katanya jualan singkat untuk Genetec dan Notion di bawah IDSS akan disambung semula pada Isnin, 26 Ogos 2024 pada 08.30 pagi.

Pada 11.31 pagi, harga saham Genetec merosot 18.31 peratus kepada RM1.16 manakala Notion susut 22.62 peratus kepada RM1.06.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan