EKONOMI > BERITA

Takaful Ikhlas Sasar RM2 Juta Sumbangan Bagi Produk Ikhlas Lindung

23/08/2024 04:03 PM

Oleh Zufazlin Baharuddin

SHAH ALAM, 23 Ogos (Bernama) -- Takaful Ikhlas Family Bhd (Takaful IKHLAS), anak syarikat milik penuh MNRB Holdings Bhd (MNRB) menyasarkan sumbangan sebanyak RM2 juta daripada penawaran kira-kira 2,000 sijil produk perlindungan terbaharunya, IKHLAS Lindung.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Muhammad Fikri Mohamad Rawi berkata IKHLAS Lindung adalah selari dengan usaha Takaful IKHLAS untuk terus menyediakan produk takaful yang inovatif dan relevan dengan keperluan masyarakat serta proses aplikasi yang mudah.

“Semalam lebih kurang 280 kes berjaya dihasilkan dengan sumbangan lebih kurang RM360,000.

“Dengan IKHLAS Lindung, kami berharap dapat memberikan kemudahan dan perlindungan yang optimum kepada setiap individu dengan mudah, tanpa pemeriksaan perubatan atau proses yang kompleks serta mengira latar belakang,” katanya kepada Bernama selepas melancarkan IKHLAS Lindung di Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2024 hari ini.

MSAM 2024 berlangsung bermula 22 hingga 25 Ogos di Setia City Convention Centre, Setia Alam, dekat sini.

Muhammad Fikri berkata IKHLAS Lindung menawarkan pelanggan pelbagai manfaat menyeluruh termasuklah perlindungan kematian dan hilang upaya menyeluruh dan kekal, manfaat kematian kemalangan tambahan, dan juga Perbelanjaan Kematian Segera.

Pelanggan boleh memilih daripada lima pelan perlindungan yang tersedia mengikut kesesuaian dan keperluan individu, katanya.

“Kami yakin IKHLAS Lindung dapat memberi manfaat besar kepada pelanggan kami dan membantu mereka merancang masa depan yang lebih terjamin. Pengenalannya sejajar dengan matlamat MSAM untuk meningkatkan kesedaran orang ramai  kepentingan pelaburan dan pengurusan kewangan.

“Harapan kami agar masyarakat lebih peka akan keperluan takaful serta melihatnya sebagai salah satu komponen penting dalam perancangan kewangan mereka,” katanya.

IKHLAS Lindung boleh dilanggan melalui wakil perunding Takaful IKHLAS di seluruh negara.

Selain itu, orang ramai juga boleh mengunjungi tapak pameran Takaful IKHLAS di MSAM 2024 atau kaunter satelit Takaful IKHLAS yang berada di lokasi terpilih seluruh negara sempena MSAM 2024 ini.

Orang ramai yang melanggan produk-produk takaful keluarga daripada ejen Takaful IKHLAS sama ada di tapak pameran MSAM 2024 atau di kaunter satelit Takaful IKHLAS seluruh negara juga berpeluang memenangi satu daripada 10 sijil ASNB bernilai RM500 menerusi Cabutan Rezeki IKHLAS.

-- BERNAMA

Penafian: Ini adalah artikel advertorial berbayar. BERNAMA tidak bertanggungjawab terhadap kandungan, ketepatan dan pendapat yang disiarkan dalam artikel ini.


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan