BERITA TERGEMPAR   ACE Market-bound Solar District Cooling Group Bhd aims to raise RM45.09 million from IPO; scheduled to list on Sept 19, 2024 | 
 EKONOMI > BERITA

Johor, Selangor Dan Pulau Pinang Sumbang 70.6 Peratus Eksport Negara Pada Julai 2024 - Perangkaan

28/08/2024 02:43 PM

KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- Johor, Selangor dan Pulau Pinang mendominasi eksport Malaysia, menyumbang 70.6 peratus daripada jumlah keseluruhan pada Julai 2024, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM).

Ketua Perangkawan Malaysia Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata prestasi eksport bernilai RM131.1 bilion pada Julai 2024, meningkat sebanyak RM14.4 bilion atau 12.3 peratus berbanding bulan yang sama tahun sebelumnya.

Peningkatan eksport dipengaruhi oleh eksport lebih tinggi di kebanyakan negeri iaitu Johor (+RM5.2 bilion), Selangor (+RM2.3 bilion), Pulau Pinang (+RM1.9 bilion), Sarawak (+RM1.8 bilion), Kuala Lumpur (+RM1.3 bilion).

“Peningkatan eksport itu susulan sumbangan lebih tinggi daripada negeri lain termasuk Perak (+RM1.2 bilion), Terengganu (+RM1.0 bilion), Kedah (+RM457.7 juta), Negeri Sembilan (+RM105.2 juta), Melaka (+RM63.9 juta) dan Pahang (+RM59.0 juta), katanya dalam kenyataan Statistik Eksport Import Mengikut Negeri Julai 2024 diterbitkan DOSM hari ini,

Bagaimanapun, nilai eksport menurun di Labuan sebanyak RM1.1 bilion, Sabah (-RM150.4 juta), Perlis (-RM34.8 juta) dan Kelantan (-RM26.3 juta).

Mengenai prestasi import, Mohd Uzir Mahidin berkata import pada Julai 2024 meningkat RM25.3 bilion (+25.4%) berbanding bulan sama pada 2023, peningkatan itu disebabkan import lebih tinggi di kebanyakan negeri iaitu Pulau Pinang (+RM8.4 bilion), Johor (+RM5.6 bilion), Selangor (+RM5.4 bilion), Kedah (+RM2.3 bilion), W.P. Kuala Lumpur (+RM1.5 bilion),

“Peningkatan ketara dalam import turut direkodkan daripada Melaka (+RM440.6 juta), Perak (+RM380.8 juta), Sarawak (+RM138.6 juta), Kelantan (+RM81.2 juta), Negeri Sembilan (+RM64.8 juta), Perlis (+RM60.9 juta), Terengganu (+RM55.6 juta) dan Pahang (+RM26.7 juta).

“Bagaimanapun, nilai import merosot di Sabah sebanyak RM43.7 juta dan Labuan (-RM36.8 juta),” katanya.

Malaysia mencatatkan jumlah perdagangan bernilai RM255.9 bilion pada Julai 2024 dengan eksport dan import masing-masing bernilai RM131.1 bilion dan RM124.7 bilion.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan