EKONOMI > BERITA

PM THAILAND SOKONG PERANAN MALAYSIA SEBAGAI PENGERUSI ASEAN 2025

16/12/2024 02:15 PM

PUTRAJAYA, 16 Dis (Bernama) -- Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra hari ini menyatakan sokongannya terhadap peranan Malaysia sebagai pengerusi ASEAN pada tahun depan.

Beliau turut menyuarakan harapan Malaysia dan Thailand dapat bekerjasama demi kebaikan kedua-dua negara dan ASEAN secara keseluruhannya.

"Saya komited untuk mengekalkan dinamik hubungan kita dan usaha ke arah keamanan dan kemakmuran bersama," kata beliau pada sidang media bersama hari ini.

Paetongtarn dalam lawatan rasmi selama dua hari ke Malaysia atas jemputan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

Kedua-dua negara berkongsi pendirian yang sama mengenai penyertaan Timor-Leste dalam ASEAN, dengan kedua-duanya komited untuk menyokong penyertaannya sebagai anggota penuh.

"Saya berterima kasih kepada PM Paetongtarn atas sokongan beliau yang berterusan terhadap kepengerusian ASEAN Malaysia,," kata Anwar.

Anwar berkata kedua-dua pemimpin bekerjasama untuk memastikan beberapa syarat yang dikenakan ke atas Timor-Leste dipenuhi sebelum mesyuarat awal ASEAN pada akhir Mei.

Beliau turut berkongsi komitmen kedua-dua negara untuk meningkatkan perdagangan antara ASEAN.

Beliau berkata Malaysia dan Thailand menyasarkan untuk memudah cara pergerakan barangan yang cekap dan lancar di rantau ini.

Paetongtarn berada di sini untuk Rundingan Tahunan Malaysia-Thailand Ketujuh (AC) bersempena lawatan sulung beliau ke Malaysia sejak memegang tampuk kerajaan pada Ogos lepas.

Anwar berkata AC tepat pada masanya berdasarkan kemajuan cemerlang dalam hubungan dua hala dan kerjasama antara Malaysia dan Thailand sejak AC terakhir pada 2016.

-- BERNAMA 

 

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan