KUALA LUMPUR, 18 Feb (Bernama) -- Hong Leong Asset Management Bhd (HLAM) mengisytiharkan pengagihan pendapatan bernilai RM241 juta bagi tujuh dana bagi tempoh 1 Jan hingga 31 Dis, 2024.
Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Chue Kwok Yan dalam satu kenyataan hari ini berkata walaupun lanskap ekonomi global amat mencabar dan keadaan pasaran yang tidak menentu, HLAM kekal komited bagi menyampaikan hasil agihan yang mampan kepada pelaburnya.
Bagi dana runcit konvensional, Hong Leong Value Fund merekodkan hasil pengagihan 8.55 peratus, Hong Leong Dividend Fund (7.10 peratus), Hong Leong Growth Fund (7.55 peratus), Hong Leong SEA-5 Equity Class A Fund (6.51 peratus) dan Hong Leong Balanced Fund (5.29 peratus).
Sementara, dana runcit Islam, Hong Leong Dana Makmur mencatatkan pengagihan hasil 5.10 peratus dan Hong Leong Dana Maa’rof pula mencatatkan 4.29 peratus.
Pada 2025, Chue berkata strategi pemasaran HLAM kekal fokus kepada perspektif jangka panjang.
“Kami akan terus mengutamakan syarikat yang mempunyai asas yang kukuh dan potensi pertumbuhan sambil memberi fokus untuk memberikan pulangan yang mampan kepada pelabur kami,” katanya.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial