BELANJAWAN 2024 > BERITA

Sabah Tuai Tiga Emas Di Gelanggang Sepak Takraw

20/08/2024 08:06 PM

BINTULU, 20 Ogos (Bernama) -- Pasukan Sabah beraksi cemerlang di gelanggang sepak takraw hari ini apabila menggondol tiga pingat emas masing-masing menerusi kategori beregu dan quadrant wanita serta beregu lelaki.

Pada aksi final berlangsung di Stadium Muhibah, beregu wanita Sabah menyumbang emas pertama selepas menundukkan Perlis 15-6, 15-9.

Keputusan itu menyaksikan Perlis terpaksa berpuas hati dengan pingat perak sementara gangsa dimenangi Wilayah Persekutuan selepas menewaskan Sarawak 15-8, 15-4.

Bagi kategori quadrant wanita, Sabah membuktikan mereka berada pada kelas tersendiri apabila menewaskan Sarawak dalam perlawanan final 17-14, 15-7.

Sarawak akur dengan pingat perak sementara Pulau Pinang pulang gangsa selepas menewaskan Perak 2-0.

Beregu lelaki Sabah melengkapkan hari cemerlang kontinjen itu apabila menghadiahkan emas ketiga setelah menumpaskan Perak dengan kiraan mata 15-11, 15-13 dalam pentas akhir.

Perak pulang dengan pingat perak manakala gangsa dimenangi Wilayah Persekutuan setelah menumpaskan Melaka 2-0 dalam perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat.

Sementara itu, emas menjadi milik Terengganu dalam cara quadrant lelaki, mengecewakan Pahang dalam perlawanan final yang diheret kepada set penentuan sebelum menang 10-15, 15-11, 15-8.

Pahang berpuas hati dengan pingat perak sementara Perlis membawa pulang gangsa selepas menewaskan Pulau Pinang 2-0.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan