BELANJAWAN 2024 > BERITA

Lebih 320 Roket Dilancar Ke Kedudukan Tentera Israel - Hizbullah

25/08/2024 07:30 PM

BEIRUT, 25 Ogos (Bernama-Sputnik) -- Hizbullah mendakwa lebih 320 roket dilancarkan dengan menyasarkan beberapa kedudukan tentera, menurut kenyataan yang dikeluarkan kumpulan pejuang itu pada Ahad, lapor Sputnik.

Sebelum ini, Hizbullah mengumumkan bahawa mereka melancarkan serangan sebagai tindak balas terhadap serangan Israel di kawasan selatan Beirut yang mengakibatkan kematian seorang komander kanan mereka, Fuad Shukr.

Dalam kenyataan itu, Hizbullah memaklumkan bahawa fasa pertama serangan balas berjaya, dengan 11 sasaran tentera Israel termasuk beberapa pangkalan dan berek terkena serangan.

"Setakat ini (pada 0405 GMT), lebih 320 roket Katyusha dilancarkan ke arah kedudukan musuh," menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA-SPUTNIK


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan