BELANJAWAN 2024 > BERITA

Kembara Merdeka Jalur Gemilang Rentas 12 Daerah Di Perak

26/08/2024 10:54 AM

IPOH, 26 Ogos (Bernama) -- Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) 2024 meneruskan jelajah ke 12 daerah di Perak, dengan jarak perjalanan sejauh kira-kira 780 kilometer bermula hari ini sehingga Khamis depan.

Jabatan Penerangan Negeri (JaPen) Perak dalam kenyataan memaklumkan program empat hari itu akan merentasi daerah Kinta; Kampar; Batang Padang; Muallim; Teluk Intan; Bagan Datuk; Kuala Kangsar; Lenggong; Gerik; Hulu Perak; Larut, Matang dan Selama; dan Kerian.

Menurut kenyataan itu, sebanyak 20 kenderaan pelbagai jenis daripada JaPen Perak, Digital Perak, Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Pengangkutan Jalan serta Polis Diraja Malaysia menyertai konvoi tersebut yang akan berakhir di daerah Kerian.

Pelepasan konvoi itu disempurnakan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pengurusan) Nor Sham Rahman di pekarangan Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini.

KJMG 2024 yang diadakan sempena sambutan Bulan Kebangsaan 2024 menjadi platform terbaik untuk menyemarakkan semangat patriotisme dan jiwa merdeka dalam kalangan masyarakat.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan