BELANJAWAN 2024 > BERITA

Draf MoU Peruntukan Pembangkang, Kerajaan Belum Terima Maklum Balas - Fadillah

26/08/2024 03:11 PM

PUTRAJAYA, 26 Ogos (Bernama) -- Kerajaan masih belum menerima sebarang maklum balas daripada pihak pembangkang berhubung draf memorandum persefahaman (MoU) berkaitan penyaluran peruntukan kepada ahli Parlimen pembangkang, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

“Tanya pembangkang.. belum dapat lagi, belum dapat respons daripada mereka,” katanya ringkas ketika ditemui pemberita selepas Majlis TVET Competent Suruhanjaya Tenaga (ST) - Energy Transition Catalyst di sini hari ini.

Pada 20 Ogos lepas Ketua Whip Perikatan Nasional (PN) Datuk Seri Takiyuddin Hassan dilaporkan berkata sudah menerima draf MoU tersebut dan akan membincangkannya dalam masa terdekat.

Pada 9 Julai lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim  menyatakan isu agihan peruntukan kepada ahli Parlimen pembangkang tidak seharusnya menjadi isu rumit untuk diselesaikan.

Beliau berkata syarat ditetapkan kepada mana-mana ahli Parlimen pembangkang yang mahu memperoleh peruntukan adalah syarat asas dan proses biasa dalam mana-mana rundingan serta amalan demokrasi.

Draf MoU berkaitan penyaluran peruntukan kepada ahli Parlimen pembangkang antara lain akan memberi tumpuan kepada usaha membangunkan dan memulihkan ekonomi negara demi kesejahteraan rakyat.

-- BERNAMA

 

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan