BELANJAWAN 2024 > BERITA

Lebih 9,500 Kotak Jus Epal Ditarik Balik Di Kedai Walmart AS

26/08/2024 11:58 AM

WASHINGTON, 26 Ogos (Bernama-UPI) -- Refresco Beverages US Inc menarik balik 9,535 kotak jus epal Great Value dalam botol lapan auns yang dijual di Walmart, lapor United Press International (UPI) memetik kenyataan Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA).

FDA memaklumkan bahawa jus epal itu mengandungi tahap arsenik tak organik melebihi paras yang dibenarkan. Oleh itu, penarikan balik dikategorikan sebagai Kelas II.

Klasifikasi Kelas II menunjukkan bahawa produk berkenaan mungkin menyebabkan kesan kesihatan yang sementara atau boleh dipulihkan dengan rawatan perubatan, walaupun risiko mendapat kesan kesihatan yang serius dianggap rendah.

FDA menjelaskan bahawa arsenik tak organik lebih berbahaya berbanding arsenik organik, dengan pendedahan jangka panjang boleh menyebabkan gangguan kulit, meningkatkan risiko kanser kulit, pundi kencing dan paru-paru, serta penyakit kardiovaskular.

Jus epal yang terlibat dalam penarikan balik ini dijual dalam pek enam botol dengan kod UPC 0-78742-29655-5 dan tarikh luput Disember 2024.

FDA juga menerbitkan peta interaktif dalam talian yang menunjukkan negeri-negeri yang terkesan, kesemuanya terletak di sebelah timur Sungai Mississippi.

-- BERNAMA-UPI


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan