BELANJAWAN 2024 > BERITA

Teknologi China Bantu Fiji Rungkai Cabaran Perubahan Iklim: PM Rabuka

26/08/2024 03:07 PM

BEIJING, 26 Ogos (Bernama-CMG) -- Teknologi China banyak membantu Fiji merungkai kesukaran dihadapi dalam aktiviti pengeluaran pertanian akibat perubahan iklim, kata Perdana Menteri  Fiji Sitiveni Rabuka.

Rabuka berkata perubahan iklim global membawa risiko besar kepada negara-negara di Lautan Pasifik termasuk Fiji.

"Pesisir pantai Fiji sekarang dihakis teruk dan kenaikan paras laut turut mendatangkan ancaman kepada banyak kampung.

"Kami sedang melaksanakan rancangan pemindahan kampung untuk memindahkan penduduk ke kawasan pergunungan yang lebih tinggi," kata Rabuka dalam temu bual bersama Kumpulan Media China (CMG) baru-baru ini.

Menurutnya, China telah menyediakan spesies padi dan tebu yang boleh hidup di tanah yang dihakis air laut.

"Kami tidak perlu memindahkan tebu ke lereng gunung dan boleh terus menanamnya di lokasi asal," kata beliau.

Menyentuh mengenai amalan sesetengah pihak yang menghasut perlawanan sesama blok, Rabuka menegaskan semua pihak perlu memahami perbezaan dan menangani percanggahan dengan baik.

Rabuka melihat Lima Prinsip Hidup Bersama Secara Damai yang ditegakkan China selaras dengan visi “Laut Damai” yang dikemukakan beliau, termasuk tidak boleh mengugut dengan menggunakan senjata atau tindakan kekerasan.

-- BERNAMA-CMG

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan