BELANJAWAN 2024 > BERITA

Projek Bina Semula SK Tunku Mahmood 1 Siap Januari 2025

26/08/2024 06:11 PM

KLUANG, 26 Ogos (Bernama) -- Projek pembinaan semula bangunan daif di Sekolah Kebangsaan (SK) Tunku Mahmood 1 di sini yang bernilai RM2.093 juta dijangka siap pada Januari 2025.

Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan berkata projek yang dimulakan pada 8 Jan lepas itu telah mencapai tahap kemajuan 36 peratus ketika ini mendahului jadual asal.

"Suka cita saya maklumkan bahawa bangunan kantin ini akan siap tiga bulan lebih awal bagi mengejar tarikh persekolahan. Maka pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) dan kontraktor akan menyiapkannya pada Januari 2025 dan bukan April 2025.

"Apabila siap kelak, bangunan ini akan memberikan manfaat kepada lebih 800 murid dan 57 guru di sekolah ini," katanya kepada pemberita selepas melawat projek berkenaan di sini hari ini. 

Beliau berkata selain bangunan kantin dan rumah sampah, pembinaan turut melibatkan kerja pemasangan paip air sejuk dalaman, paip kumbahan, pengudaraan mekanikal dan sistem pemadaman kebakaran.

"Projek ini merupakan komitmen Kerajaan Perpaduan dalam menyelesaikan isu sekolah daif di seluruh negara yang merupakan agenda dicetus oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Pelaksanaan segera ini dibuat demi menjamin kebajikan rakyat, keselamatan murid dan guru serta meningkatkan persekitaran pembelajaran kondusif," kata Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan