BELANJAWAN 2024 > BERITA

Operasi Mencari Mangsa Kejadian Tanah Jerlus Masuk Hari Kelima

27/08/2024 10:27 AM

KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) -- Operasi mencari dan menyelamat (SAR) wanita warga India dikenali sebagai Vijayaletchumy, 48, yang terjatuh ke dalam lubang sedalam lapan meter dalam insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India di sini memasuki hari kelima hari ini.

Tinjauan Bernama di lokasi mendapati seawal 8 pagi pihak berkuasa terlibat dilihat mengadakan perbincangan dan penugasan untuk melaksanakan SAR berkenaan.

Difahamkan anak kepada wanita berkenaan yang dikenali sebagai Surya, 26, berada di lokasi pencarian kira-kira pukul 9 pagi, bagi mengikuti perkembangan operasi.

Tinjauan di sekitar kawasan insiden turut mendapati kebanyakan premis perniagaan masih ditutup dan hanya segelintir peniaga memulakan operasi setakat 9 pagi tadi, dan hampir 50 petugas media sudah berada di lokasi seawal pukul 8 pagi untuk mengikuti perkembangan lanjut pencarian.

Dalam kejadian Jumaat lepas, Vijayaletchumy yang berada dalam negara ini bersama keluarga untuk melancong, dikatakan dalam perjalanan ke sebuah kuil berhampiran apabila beliau terjatuh ke dalam lubang berkenaan dan terus hilang.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan