BELANJAWAN 2024 > BERITA

Permainan Video “Black Myth: Wukong” Cerminan Daya Tarikan Budaya China

27/08/2024 01:40 PM

BEIJING, 27 Ogos (Bernama-CMG) -- Permainan video “Black Myth: Wukong” mendapat sambutan hangat dalam kalangan pemain seluruh dunia sejak dilancarkan pada 20 Ogos lepas.

Data berkenaan menunjukkan permainan itu mempunyai sehingga tiga juta pemain secara serentak dan jualan keseluruhannya melepasi 10 juta set setakat pukul 9 malam 23 Ogos.

“Black Myth: Wukong” diinspirasikan daripada watak Sun Wukong atau Monkey King dalam cerita dongeng klasik China “Hikayat Jelajah ke Barat”.

Selain membawa pengalaman yang cukup menarik, permainan berkenaan juga menawarkan pendekatan baharu kepada pemain dari seluruh dunia untuk mendekati budaya China.

Difahamkan, pasukan penyelidikan dan pembangunan (R&D) telah meninjau serata tempat di China dan menggunakan teknologi tangkapan realiti untuk menjelmakan semula mercu tanda budaya yang terkenal dalam permainan itu, antaranya termasuk Ukiran Batu Dazu di bandar Chongqing, Groto Yungang di provinsi Shanxi dan Kuil Lingyin di bandar Hangzhou, provinsi Zhejiang.

Tokoh sektor permainan video menyifatkan penghasilan “Black Myth: Wukong” sebagai cerminan perkembangan pesat industri permainan China.

Permainan berkenaan yang mendapat sambutan begitu menggalakkan turut memaparkan daya tarikan budaya negara Tembok Besar.

“Black Myth: Wukong” dikategorikan sebagai karya triple-A iaitu permainan format pemain perseorangan dengan kos tinggi, volum tinggi dan kualiti tinggi.

Sebelum ini, pasaran permainan seumpama itu didominasi oleh syarikat Jepun, Amerika Syarikat (AS) dan Perancis.

-- BERNAMA-CMG

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan