BELANJAWAN 2024 > BERITA

Keluarga Penyelam TLDM Maut Dalam Operasi Salvaj KD Pendekar Tiba Di Jabatan Forensik HSI

28/08/2024 09:14 PM

JOHOR BAHRU, 28 Ogos (Bernama) -- Beberapa individu dipercayai ahli keluarga anggota penyelam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang dilaporkan meninggal dunia dalam operasi salvaj KD Pendekar dilihat berkumpul di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini sejak petang tadi.

Tinjauan Bernama mendapati beberapa pegawai dan anggota serta ambulans TLDM turut berada di pekarangan jabatan itu namun difahamkan proses bedah siasat akan bermula esok.

Sementara itu, Mohd Nor Shafiq Abdul Rahman, 26, berkata jasad bapa saudaranya Arman San Hermansa, 28, mungkin dikebumikan di kampung halaman beliau iaitu di Lahad Datu, Sabah.

Terdahulu, Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Tinggi DSP Mohd Syamsuri Mohamad mengesahkan menerima laporan berhubung kematian mangsa dalam operasi salvaj untuk menyelamatkan bangkai kapal KD Pendekar yang karam di perairan Tanjung Penyusop, Johor.

KD Pendekar tenggelam semasa pelayaran operasi di perairan itu selepas mengalami kebocoran dipecayai akibat terlanggar objek bawah air pada 25 Ogos lepas.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan