BELANJAWAN 2024 > BERITA

DBKL Batal Sambutan Ambang Merdeka Pada 30 Ogos Ini

29/08/2024 06:27 AM

KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membatalkan sambutan Ambang Merdeka 2024 yang dijadual berlangsung di Dataran Merdeka pada 30 Ogos ini.

Menurut hantaran di laman Facebook DBKL, pembatalan itu adalah sebagai menghormati mangsa beberapa insiden yang berlaku di sekitar ibu kota baru-baru ini.

DBKL turut mengajak orang ramai bersama-sama menghayati erti kemerdekaan dengan penuh semangat patriotik.

Insiden tanah jerlus pada Jumaat lepas di Jalan Masjid India menyebabkan seorang wanita warga India dikenali sebagai Vijayaletchumy, 48, hilang selepas terjatuh ke lubang sedalam lapan meter di situ dengan operasi mencari dan menyelamat memasuki hari keenam hari ini.

DBKL dalam kenyataan malam ini memaklumkan pasukan JBPM telah memasuki saluran kumbahan secara huluan dari lurang di Wisma Yakin manakala kerja-kerja shoring (sistem sokongan sementara) secara manual dan kerja-kerja penggalian juga dilaksanakan.

Menurut DBKL, usaha mengesan mangsa menggunakan Ground Penetrating Radar (GPR) atau radar yang menembusi tanah oleh Jabatan Mineral dan Geosains diteruskan serta disambung esok.

-- BERNAMA


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan