BERITA TERGEMPAR   Hong Leong Bank remains watchful on the US monetary policy stance, targeting 1.85 pct - 1.95 pct NIM growth in FY2025 - CEO Kevin Lam | 
 BELANJAWAN 2024 > BERITA

Mohamed Khaled Ucap Takziah Kepada Keluarga Arman San

29/08/2024 10:46 AM

KUALA LUMPUR, 29 Ogos (Bernama) -- Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengucapkan takziah kepada keluarga Laskar Kelas (LK) I PLM Arman San Hermansa yang meninggal dunia semalam ketika melaksanakan operasi salvaj Kapal Diraja (KD) Pendekar di perairan Kota Tinggi, Johor. 

Allahyarham Arman San ialah anggota penyelam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

“Menerima satu khabar duka tentang pemergian seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia dalam satu operasi salvaj. Salam takziah saya ucapkan buat seluruh keluarga Allahyarham LK I PLM Arman San Hermansa.

“Sama-sama kita doakan agar Allahyarham ditempatkan bersama golongan yang beriman,” katanya di laman X hari ini. 

Semalam, TLDM dalam kenyataan memaklumkan jenazah Allahyarham yang berkhidmat sebagai Penyelam Ranjau pasukan itu dari Markas Selam dan Peperangan Periuk Api (MSPPA) berada di Hospital Sultan Ismail, Johor untuk proses bedah siasat dan akan dibawa ke Lahad Datu, Sabah untuk pengebumian.

Menurut kenyataan itu, TLDM akan memastikan segala bentuk bantuan dan sokongan disalurkan kepada keluarga Allahyarham dalam menghadapi dugaan ini.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan