BELANJAWAN 2024 > BERITA

Tanah Jerlus: DBKL Pantau Kawasan Terlibat Dengan Teliti - PM Anwar

30/08/2024 04:13 PM

BUKIT MERTAJAM, 30 Ogos (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan terus memantau dengan teliti kawasan insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India.

Beliau berkata selain itu kajian teknikal terhadap tanah jerlus di lokasi kejadian juga telah dibuat pihak berkaitan.

“Saya ada lalu kawasan itu, tiada masalah cuma kawasan yang dianggap perlu diperkukuhkan itu, akan dibuat segera, dan DBKL akan pantau secara teliti setiap hari," katanya kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamek Kubang Semang, di sini.

Pada 23 Ogos, seorang wanita warga India dikenali sebagai G.Vijaya Lakshmi, 48, hilang selepas terjatuh ke lubang sedalam lapan meter susulan insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India semasa melalui jalan itu untuk ke kuil berhampiran.

Operasi mencari dan menyelamat diaktifkan pada hari sama melibatkan anggota pasukan keselamatan dan pihak berkuasa tempatan yang telah menggunakan pelbagai teknik termasuk kaedah jetting, flushing dan menyedut air keluar dari lokasi kejadian, dalam usaha mengesan mangsa.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan