BELANJAWAN 2024 > BERITA

Setiausaha Agung PBB Lawat Singapura Mulai 31 Ogos 2024

30/08/2024 10:03 PM

Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz

SINGAPURA, 30 Ogos (Bernama) -- Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres akan mengadakan lawatan rasmi selama tiga hari ke Singapura bermula Sabtu (31 Ogos) atas jemputan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Lawrence Wong.

Kementerian Luar Singapura dalam satu kenyataan berkata ini merupakan lawatan rasmi pertama Guterres ke republik itu sebagai Setiausaha Agung PBB.

Semasa di Singapura, Guterres akan mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden Tharman Shanmugaratnam, serta bertemu dengan Perdana Menteri Wong dan Menteri Kanan Lee Hsien Loong.

Perdana Menteri juga akan menjadi tuan rumah jamuan makan tengah hari sempena lawatan Guterres.

Selain itu, Guterres akan mengadakan lawatan ke Marina Barrage dan makan tengah hari bersama Menteri Kemampanan dan Alam Sekitar serta Menteri yang bertanggungjawab bagi Perhubungan Perdagangan, Grace Fu.

Beliau juga akan dibawa melawat Perpustakaan Wilayah Punggol oleh Menteri Negara  Penerangan dan Pembangunan Digital, Dr Janil Puthucheary.

Menteri Penerangan dan Pembangunan Digital Josephine Teo, yang juga Menteri yang bertanggungjawab bagi Negara Bijak dan Keselamatan Siber serta Menteri Kedua Ehwal Dalam Negeri akan menjadi hos majlis  makan malam untuk Guterres.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan