BELANJAWAN 2024 > BERITA

Paris 2024: Berita Ringkas 1 Sept

02/09/2024 12:59 AM

PARIS, 1 Sept (Bernama) -- Berikut berita ringkas atlet Malaysia pada hari keempat temasya Sukan Paralimpik Paris 2024, pada Ahad.

 

BERBASIKAL TREK:

Wakil negara Nur Azlia Syafinaz Mohd Zais-Nurul Suhada Zainal (jurumudi) gagal merebut pingat acara 3,000 meter (m) kejar mengejar individu wanita B (kecacatan penglihatan) selepas kayuhan mereka terhenti di peringkat kelayakan.

Nur Azlia Syafinaz-Nurul Suhada mencatatkan 3 minit 49.029 saat (s) sekali gus menduduki tempat kelapan pada saingan di Velodrom Saint-Quentin-En-Yvelines, kira-kira setengah jam perjalanan dari sini.

Hanya dua pelumba teratas mara ke perlumbaan penentuan pingat emas manakala mereka yang menduduki tempat ketiga dan keempat dalam peringkat kelayakan akan berlumba untuk pingat gangsa.

Wakil Great Britain Sophie Unwin-Jenny Holl muncul pelumba terbaik dengan 3:17.643s dan memecahkan rekod dunia milik Lora Fachie-Corrine Hall juga dari negara sama dengan catatan masa 3:19.483s di Sukan Paralimpik Tokyo 2020.

 

TENIS KERUSI RODA:

Gandingan negara Muhammad Yusshazwan Yusoff-Abu Samah Borhan mengucapkan selamat tinggal kepada Sukan Paralimpik Paris 2024 selepas tersingkir di pusingan kedua acara beregu lelaki kepada pilihan kelima dari Sepanyol Daniel Caverzaschi-Martin De La Puente (ESP) di Stade Rolland-Garros.

Selepas tumpas 2-6 pada set pertama, Muhammad Yusshazwan-Abu Samah seakan menemui rentak apabila mendahului 3-0 pada set kedua sebelum kembali diatasi Caverzaschi-De La Puente, 3-6, sekali gus menyaksikan lawan mereka mara ke suku akhir.

Muhammad Yusshazwan dan Abu Samah sebelum ini terkandas di pusingan pertama acara perseorangan lelaki masing-masing kepada  wakil Korea Selatan Im Ho Won 2-6, 3-6 dan pemain tuan rumah Gaetan Menguy 1-6, 2-6.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan