BELANJAWAN 2024 > BERITA

Lembaga Getah Malaysia Aktifkan Insentif Getah Ogos Bagi Sabah, Sarawak

02/09/2024 05:55 PM

KUALA LUMPUR, 2 Sept (Bernama) -- Insentif Pengeluaran Getah (IPG) bagi getah sekerap dan lateks telah teraktif di Sabah dan Sarawak bagi Ogos 2024, kata Lembaga Getah Malaysia (LGM).

Dalam kenyataan hari ini, katanya kadar teraktif di Sabah adalah 10 sen sekilogram bagi getah sekerap dengan 50 peratus Kandungan Getah Sekerap (KGK) manakala 20 sen sekilogram untuk 100 peratus KGK.

“Bagi Sarawak, kadar bayaran adalah 20 sen sekilogram bagi 50 peratus KGK dan 40 sen sekilogram bagi 100 peratus KGK. Bagi lateks, insentif adalah 90 sen sekilogram (100 peratus KGK),” katanya.

Menurut LGM, pekebun kecil di Sabah dan Sarawak layak menerima bayaran IPG mulai 1 hingga 30 Sept 2024 berdasarkan pengeluaran getah pada Ogos 2024.

Bagaimanapun, IPG getah sekerap dan lateks tidak teraktif di Semenanjung Malaysia bagi Ogos 2024, menyebabkan tiada pembayaran IPG akan dilakukan bagi bulan berkenaan.

Bermula Januari 2024, IPG akan diaktifkan sekiranya harga purata bulanan peringkat ladang bagi getah sekerap berada di paras RM3.00 sekilogram ke bawah.

Pelarasan ini, yang diumumkan dalam Belanjawan 2024, bertujuan menyokong semua pekebun kecil Malaysia yang berkelayakan.

-- BERNAMA 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan