BELANJAWAN 2024 > BERITA

Maxis Tampil Komitmen Hubung Rakyat Malaysia Pada Sambutan Hari Kebangsaan

02/09/2024 09:33 PM

KUALA LUMPUR, 2 Sept (Bernama) -- Maxis menarik tumpuan penonton perarakan Hari Kebangsaan tahun ini menerusi 107 petugas yang menampilkan dedikasi syarikat itu untuk menyatukan rakyat Malaysia melalui ketersambungan dan teknologi.

Maxis dalam kenyataan memaklumkan ‘lautan hijau dan biru’ perarakan dijadikan lebih menyeronokkan dengan kembalinya maskot kegemaran Dinocorn, dan kali ini menampilkan empat maskot Dinocorn bersaiz sebenar dan satu bersaiz besar.

“Diiringi pelbagai belon dan kereta berhias, kontinjen Maxis memperlihatkan keupayaan mereka untuk menyediakan ketersambungan yang pantas, selamat dan boleh dipercayai melalui 5G mudah alih dan jalur lebar gentian untuk pembelajaran, hiburan dan produktiviti.

“Sepertimana tema Hari Kebangsaan tahun ini, ‘Jiwa Merdeka’ yang meraikan perpaduan pelbagai budaya dan komuniti berbeza, Maxis komited untuk menghubungkan orang ramai dan perniagaan daripada semua latar belakang ke dunia yang penuh kemungkinan di mana sahaja mereka berada,” menurut kenyataan itu.

Maxis memaklumkan syarikat telekomunikasi itu turut melancarkan filem Hari Kebangsaan bertajuk ‘Budi Pekerti,’ yang diinspirasikan kisah benar suatu tindakan patriotik oleh seorang remaja yang mungkin dianggap kecil, namun penuh bermakna.

‘Budi Pekerti’ yang boleh ditonton menerusi saluran YouTube Maxis berkisar tentang Aiman, yang mengambil inisiatif untuk membantu membersihkan sampah sarap selepas sambutan Ambang Merdeka. 

“Tindakannya telah mencetuskan kesan positif dalam mendorong orang lain untuk turut serta bersama-sama, mengingatkan kita bahawa tindakan kecil yang konsisten boleh membawa perubahan yang bermakna dan gerak isyarat seperti ini benar-benar membentuk jiwa negara kita,” menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan