BELANJAWAN 2024 > BERITA

Protes : Presiden UAE Beri Pengampunan Ke Atas Warga Bangladesh

03/09/2024 09:28 PM

ABU DHABI, 3 Sept (Bernama-WAM) -- Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE) Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan mengarahkan pengampunan kepada warga Bangladesh yang terlibat dalam protes dan gangguan bulan lepas di beberapa tempat di negara itu.

Agensi Berita Emirates (WAM) melaporkan keputusan itu termasuk membatalkan hukuman mereka yang disabitkan kesalahan dan mengatur pengusiran mereka.

Selaras dengan arahan Baginda, Dr Hamad Al Shamsi, Peguam Negara UAE, mengeluarkan perintah untuk menghentikan pelaksanaan hukuman dan memulakan prosedur pengusiran.

Peguam Negara juga menyeru semua penduduk UAE untuk menghormati undang-undang negara, menekankan bahawa hak untuk menyatakan pendapat dilindungi oleh negara dan kerangka undang-undangnya.

Beliau menekankan bahawa negara itu menyediakan cara yang sah untuk menyatakan pandangan, memastikan hak itu tidak bertukar menjadi tindakan yang boleh membahayakan kepentingan negara dan rakyatnya.

-- BERNAMA-WAM


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan