BELANJAWAN 2024 > BERITA

Liga Super: KDN FC Bawa Pulang Dua Anak Jati Kelantan

04/09/2024 12:45 AM

KOTA BHARU, 3 Sept (Bernama) -- Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) membawa pulang dua anak jati negeri itu pada jendela perpindahan kedua bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.

KDN FC dalam kenyataannya memaklumkan dua pemain itu ialah Fikri Che Soh yang bermain di posisi penjaga gol dan Hakimi Abdullah di bahagian serangan pasukan.

"Sebelum ini, Fikri bermain bersama pasukan Kedah Darul Aman FC, manakala Hakimi Abdullah beraksi bersama Terengganu FC.

"Kedua-dua pemain ini dibawa masuk menyertai pasukan secara pinjaman sehingga tamat musim 2024/2025," kata kenyataan itu hari ini.

Kenyataan itu juga memaklumkan bahawa kedua-dua pemain itu bersetuju dengan segala syarat yang dikemukakan oleh pihak kelab dan telah turun sesi latihan rasmi bersama pemain lain sejak beberapa hari lepas.

"Fikri yang beraksi selaku penjaga gol amat diperlukan untuk mengukuhkan posisi itu dan akan merebut tempat bersama tiga lagi pemain di posisi sama, manakala Hakimi pula akan diberi peranan lebih besar oleh ketua jurulatih untuk mempertajamkan jentera serangan," kata kenyataan itu lagi.

KDN FC ketika ini berada di kedudukan terakhir daripada 13 pasukan yang beraksi dalam saingan Liga Super musim ini dengan meraih tiga mata selepas sembilan perlawanan.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan