BELANJAWAN 2024 > BERITA

Central Global Peroleh Kontrak Lebuh Raya Pan Borneo Bernilai RM616.4 Juta

04/09/2024 07:31 PM

KUALA LUMPUR, 4 Sept (Bernama) -- Central Global Bhd memperoleh kontrak Lebuhraya Pan Borneo Sabah bernilai RM616.4 juta.

Central Global dalam satu kenyataan berkata anak syarikat milik penuhnya, RYRT International Sdn Bhd telah menerima surat anugerah daripada Pembinaan Urusmesra Sdn Bhd untuk kerja-kerja subkontrak bagi pembekalan loji, mesin, tenaga kerja dan bahan untuk pembinaan dan penyiapan projek Lebuhraya Pan Borneo Fasa 1B di Sabah, bermula dari pintasan Lahad Datu ke Kampung Sandau di bawah pakej kerja 22.

Projek itu dijangka bermula pada 30 September 2024 dan berakhir pada 29 Mac 2028.

Kontrak itu telah meningkatkan nilai perolehan kontrak dalam tangan dengan ketara sebanyak 456 peratus berjumlah RM751.5 juta dan dijangka memberikan aliran hasil yang stabil dalam tempoh tiga setengah tahun.

"Ini adalah petunjuk kukuh keupayaan kumpulan ini untuk melaksanakan dan menyiapkan projek mega ini.

"Kami bersikap optimistik dan menantikan penganugerahan projek pada masa depan menerusi nilai tender Central Global dianggarkan berjumlah RM3.7 bilion," kata Pengarah Urusan Kumpulan Chew Hian Tat.

-- BERNAMA 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan