BELANJAWAN 2024 > BERITA

Sarawak Sedia 150 Pengangkutan Pelbagai Jenis Sepanjang Para Sukma 2024

06/09/2024 03:07 PM

KUCHING, 6 Sept (Bernama) -- Sejumlah 150 pengangkutan melibatkan pelbagai jenis kenderaan disediakan bagi memudahkan pergerakan kontinjen dan kelancaran temasya Para Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 berlangsung pada 22 hingga 28 Sept ini. 

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata pengangkutan berkenaan meliputi 10 buah lori, van (62), bas (45), kereta (15) dan kenderaan utiliti sukan (18).

“Disebabkan kekangan pada atlet kita yang terdiri daripada orang kurang upaya (OKU), kita memerlukan pengangkutan khas terutamanya bagi penggguna kerusi roda,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Para SUKMA 2024 di sini hari ini.

Beliau berkata Rapid Bus Sdn Bhd (Rapid Bus) selaku rakan rasmi Para SUKMA 2024 menghantar 25 bas rapid KL untuk kegunaan sepanjang temasya berlangsung dengan sesi uji cuba dijadualkan pada 17 Sept ini. 

“Perkhidmatan disediakan adalah percuma atau tanpa melibatkan sewaan. Kos penghantaran bas ditanggung oleh kerajaan Sarawak iaitu sebanyak RM845,000 melibatkan penghantaran pergi balik di Pelabuhan Klang dan Kuching,” katanya. 

Fatimah memaklumkan sebanyak 44 orang pegawai dan petugas Rapid Bus akan tiba pada 13 Sept ini bagi menyesuaikan diri dengan laluan ke lokasi pertandingan.

Secara keseluruhan, Para SUKMA 2024 melibatkan 2,225 peserta meliputi 15 kontijen dengan 328 acara dipertandingkan membabitkan 10 jenis sukan. 

Upacara perasmian temasya pada 22 Sept akan disempurnakan Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar manakala Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof dijadual merasmikan ucapan penutupan (28 Sept), masing-masing di Stadium Perpaduan Negeri Sarawak.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan