BELANJAWAN 2024 > BERITA

Kedaulatan Sabah Tidak Perlu Diragui - Hajiji

07/09/2024 05:01 PM

KOTA KINABALU, 7 Sept (Bernama) -- Penghakiman penting terakhir Mahkamah Agung Belanda yang menolak rayuan pihak mengaku waris Sulu, menandakan kemenangan penting bagi Sabah dan Malaysia, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

“Ketetapan ini adalah berita baik untuk Sabah dan Malaysia kerana ia secara muktamad menamatkan dakwaan mereka, yang memang tidak pernah diiktiraf oleh Sabah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ketua Menteri berkata kedaulatan Sabah dalam Malaysia tidak perlu diragui dan dicabar oleh sesiapa.

Hajiji berkata keputusan mahkamah itu mengukuhkan lagi kedudukan Sabah sebagai sebahagian daripada Malaysia, dengan kedaulatannya dilindungi oleh undang-undang.

Semalam Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Pembaharuan Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said mengumumkan bahawa kerajaan telah memperoleh kemenangan penting terakhir di Mahkamah Agung Belanda, yang membuat keputusan memihak kepada Malaysia, dan menolak rayuan yang difailkan oleh pihak berkenaan.

Penghakiman yang memihak kepada Malaysia itu, secara berkesan membatalkan tuntutan yang dikemukakan oleh pihak mengaku waris kumpulan Sulu itu.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan