BELANJAWAN 2024 > BERITA

Beberapa Pelajar Cedera Dalam Kebakaran Sebuah Lagi Sekolah Di Kenya

08/09/2024 04:16 PM

NAIROBI, 8 Sept (Bernama-Anadolu) -- Beberapa pelajar cedera dalam insiden kebakaran di sebuah sekolah perempuan di bandar Isiolo, tengah Kenya pada Sabtu, lapor Agensi Anadolu (AA).

Pihak berkuasa tempatan yang mengesahkan kejadian itu kepada media berkata operasi menyelamat sedang dijalankan.

Jurucakap polis Resla Onyango mengesahkan bahawa beberapa pelajar cedera dan asrama sekolah itu musnah dijilat api.

“Kebakaran telah berjaya dikawal, dan pakar berada di tempat kejadian bagi menjalankan siasatan serta prosedur lain,” kata Onyango.

Sementara itu, Palang Merah Kenya berkata pasukan kecemasan mereka berada di lokasi untuk membantu usaha menyelamat dan memulihkan keadaan.

Insiden itu berlaku sehari selepas kebakaran tragis di Hillside Private Mixed Primary School di Nyeri yang meragut nyawa 21 kanak-kanak berusia antara 9 hingga 13 tahun pada Jumaat.

-- BERNAMA-ANADOLU


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan