BELANJAWAN 2024 > BERITA

Pengundian Pilihan Raya Presiden Algeria Tamat, Penjumlahan Undi Bermula

08/09/2024 04:18 PM

ALGIERS (Algeria), 8 Sept (Bernama-Anadolu) -- Proses penjumlahan undi bermula pada petang Sabtu setelah pengundian bagi pilihan raya presiden awal di Algeria tamat pada 1900GMT, lapor Agensi Anadolu.

Pusat pengundian telah ditutup dan penjumlahan undi dimulakan serta-merta dengan kehadiran pihak media serta wakil tiga calon, lapor pewarta Agensi Anadolu di lokasi kejadian.

Terdahulu, pihak berkuasa pilihan raya telah melanjutkan tempoh pengundian selama satu jam menyebabkan pusat pengundian ditutup pada 1900GMT.

Negara Afrika Utara itu mempunyai lebih 24 juta pengundi berdaftar. Lebih 800,000 warga Algeria di luar negara mula mengundi pada 2 September.

Peratusan keluar mengundi bagi pilihan raya presiden awal itu meningkat kepada 26.45 peratus tiga jam sebelum pengundian ditutup dengan 18.31 peratus pengundi mengambil bahagian dari luar negara, menurut Pihak Berkuasa Pilihan Raya Nasional Bebas.

Pada Jun lepas, Presiden Tebboune mengumumkan pilihan raya awal yang pada asalnya dijadualkan pada Disember. 

Selain Tebboune, 78, Abdelaali Hassani Cherif dari  Movement of Society for Peace dan Youcef Aouchiche dari Socialist Forces Front turut bertanding.

Cherif, 58, ialah ketua parti Islam terbesar di Algeria.

Aouchiche, 42, setiausaha pertama Socialist Forces Front, parti pembangkang tertua di Algeria yang ditubuhkan pada 1963 mewakili pembangkang berhaluan kiri.

-- BERNAMA-ANADOLU


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan