BELANJAWAN 2024 > BERITA

192 Disahkan Maut Dalam Bencana Banjir Dan Tanah Runtuh Di Nepal

30/09/2024 02:23 PM

KATHMANDU, 30 Sept (Bernama-Xinhua) -- Jumlah kematian akibat banjir dan tanah runtuh yang dicetuskan oleh hujan berterusan di Nepal, meningkat lagi kepada 192 orang menjelang pagi Isnin, lapor Xinhua.

Bencana dahsyat itu telah menyebabkan 30 orang hilang dan 194 yang lain cedera, kata Rishiram Tiwari, jurucakap kementerian dalam negeri.

"Lebih 4,500 orang yang terjejas telah diselamatkan setakat ini. Pasukan keselamatan masih meneruskan usaha menyelamat penduduk," katanya kepada Xinhua.

Tiwari berkata kerajaan mempercepatkan pengagihan bahan bantuan termasuk makanan, kepada mereka yang kehilangan tempat tinggal dalam bencana yang dicetuskan oleh hujan berterusan pada Jumaat dan Sabtu.

Menurut data kerajaan, 1,327 rumah individu musnah dan 19 lebuh raya utama di seluruh Nepal rosak. Pasukan keselamatan digerakkan untuk membersihkan lebuh raya yang terhalang.

-- BERNAMA-XINHUA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan