BELANJAWAN 2024 > BERITA

Dua Tentera Cedera Dalam Insiden Letupan Berhampiran Kediaman Ketua Daerah Tak Bai

30/09/2024 05:30 PM

NARATHIWAT, 30 Sept (Bernama) -- Dua anggota tentera cedera dalam insiden letupan bom kereta berhampiran kediaman rasmi Ketua Daerah Tak Bai, Narathiwat, di selatan Thailand pada Ahad.

Jurucakap Komando Operasi Keselamatan Dalam Negeri Bahagian Ke-4 (ISOC-4), Kol Akwarit Chobchuphon, berkata insiden yang berlaku sekitar 9.50 malam waktu tempatan itu turut memusnahkan lima rumah penduduk yang berdekatan.

Siasatan awal mendapati kereta yang digunakan dalam insiden itu dipercayai dicuri dan dipasang dengan bahan letupan, sebelum diparkir di pusat pemeriksaan keselamatan yang terletak berhampiran kediaman Ketua Daerah Tak Bai.

"Kenderaan curi itu diletupkan oleh empat lelaki bersenjata yang memakai topeng muka," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian pada Isnin.

Kol Akwarit turut memaklumkan bahawa kedua-dua anggota tentera yang sedang bertugas di pusat pemeriksaan terbabit mengalami kecederaan dan dikejarkan ke Hospital Narathiwat Ratchanakarin untuk mendapatkan rawatan.

Mereka dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan