BELANJAWAN 2024 > BERITA

Sekurang-kurangnya 10 Maut, Bas Terbakar Di Thailand

01/10/2024 06:49 PM

BANGKOK, 1 Okt (Bernama) -- Sebuah bas dua tingkat yang membawa guru dan pelajar dari wilayah Uthai Thani di utara Thailand terbakar pada petang Selasa, mengorbankan sekurang-kurangnya 10 orang.

Thai PBS World melaporkan bahawa bas yang membawa 38 pelajar dan enam guru dari Sekolah Wat Khao Phraya di daerah Lan Sak, sedang dalam perjalanan ke Bangkok ketika kejadian berlaku di Jalan Vibhavadi Rangsit.

Perdana Menteri Paetongtarn Shinawatra berkata beliau mengarahkan beberapa menteri, termasuk Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri, Anutin Charnvirakul; Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pengangkutan, Suriya Juangroongruangkit, serta Timbalan Menteri Dalam Negeri, Sabida Thaiset, untuk melawat lokasi kejadian.

"Saya dimaklumkan mengenai kebakaran bas yang melibatkan pelajar dari Uthai Thani ketika menyertai lawatan sambil belajar ke Bangkok, yang secara tragis mengakibatkan kematian dan kecederaan.

"Sebagai seorang ibu, saya ingin menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang cedera dan terkorban," katanya menerusi akaun rasmi beliau di platform X pada Selasa.

Jumlah sebenar mangsa masih belum dapat dipastikan.

Pasukan penyelamat berada di lokasi kejadian.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan