BELANJAWAN 2024 > BERITA

Pasukan Pengaman PBB Kecam Pencerobohan Israel Ke Atas Lubnan

02/10/2024 12:24 AM

BEIRUT, 1 Okt (Bernama-dpa) -- Pasukan pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Lubnan mengecam serangan darat Israel di selatan Lubnan yang dilancarkan pada awal Selasa, menyatakan bahawa tindakan itu melanggar kedaulatan dan integriti wilayah negara itu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lebanon (UNIFIL), yang memantau situasi di sempadan Israel-Lubnan dalam satu kenyataan berkata bahawa mereka dimaklumkan oleh tentera Israel sehari sebelumnya mengenai "niat mereka untuk melancarkan pencerobohan darat terhad ke Lubnan".

"Walaupun dengan perkembangan berbahaya ini, pasukan pengaman tetap berada di posisi mereka," menurut UNIFIL.

"Kami sentiasa menyesuaikan kedudukan dan aktiviti kami, dan mempunyai pelan kontigensi untuk diaktifkan jika perlu.

"Keselamatan dan kesejahteraan pasukan pengaman menjadi keutamaan, dan semua pihak diingatkan tentang kewajiban mereka untuk menghormatinya.

"Sebarang pencerobohan ke atas Lubnan adalah satu pelanggaran terhadap kedaulatan dan integriti wilayahnya, serta pelanggaran terhadap Resolusi 1701.

"Kami menggesa semua pihak untuk menggelakkan daripada tindakan yang meningkatkan ketegangan seperti ini, kerana ia hanya akan membawa kepada lebih banyak keganasan dan pertumpahan darah," menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA-dpa

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan