BELANJAWAN 2024 > BERITA

Pelaburan Langsung Syarikat China Ke Negara Terlibat BRI Lebih US$330 Bilion

04/10/2024 04:52 PM

BEIJING, 4 Okt (Bernama-CMG) -- Setakat penghujung 2023, pelaburan langsung lebih US$330 bilion (RM1.4 trilion) direkodkan dalam pengoperasian 17,000 syarikat China di negara yang terlibat dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI).

Menurut perangkaan daripada Kementerian Perdagangan China, pelaburan langsung perusahaan China terhadap negara yang terkait dengan BRI pada 2023 meningkat 31.5% dengan mencatat US$40.71 bilion (RM172 bilion). Modal itu terutamanya ditanam dalam bidang industri pembuatan, pembinaan, perdagangan borong serta runcit, dan bekalan elektrik.

Serentak itu, setakat penghujung 2023, perusahaan China mencipta 530,000  peluang pekerjaan untuk penduduk dari negara yang terkait dengan BRI melalui pembinaan sejumlah zon kerjasama ekonomi dan perdagangan yang kesemuanya menelan peruntukan kewangan kira-kira US$73 bilion (RM308 bilion).

Pada 2023 juga, perusahaan China  menandatangani kontrak kejuruteraan yang bernilai US$227.16 bilion (RM958 bilion) dengan negara kerjasama BRI dan menjana pendapatan sebanyak US$132.05 bilion (RM557 bilion) dalam pengoperasian tempatan, dengan 70% projek kendaliannya merupakan yang berkaitan dengan infrastruktur, termasuk sebilangan projek mega kejuruteraan ikonik dan projek kecil yang berkaitan rapat dengan hidup rakyat.

Pelaburan perusahaan China di luar pesisir dilaporkan sangat kondusif bagi menggalakkan pembangunan sosioekonomi tempatan dan peningkatan taraf hidup rakyat.

-- BERNAMA-CMG


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan