BELANJAWAN 2024 > BERITA

Gaza 'berubah Sepenuhnya', Keganasan Di Timur Tengah Tiada Tanda Akan Berakhir

10/10/2024 11:28 AM

WASHINGTON, 10 Okt (Bernama-Anadolu) -- Semenanjung Gaza digambarkan sebagai "tidak lagi dapat dikenal pasti" dengan tiada penghujung kepada keganasan yang melanda Timur Tengah, kata Ketua Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa Bersatu bagi pelarian Palestin (UNRWA) pada Rabu, menurut laporan Agensi Anadolu.

"Tiada penghujung terhadap keganasan yang melanda wilayah itu.

“Ia menjadi setahun penuh kehilangan dan penderitaan mendalam," kata Philippe Lazzarini semasa mesyuarat Majlis Keselamatan PBB mengenai situasi di wilayah Palestin.

Gaza menjadi tanah perkuburan bagi puluhan ribu orang, termasuk ramai kanak-kanak dan hampir keseluruhan penduduknya hilang tempat tinggal.

Merujuk kepada situasi di Tebing Barat yang diduduki, Lazzarini memberi amaran tentang keganasan yang semakin meningkat, dengan hampir 700 orang terbunuh sejak setahun lalu dan lebih 160 daripada mereka adalah kanak-kanak.

Lazzarini turut menegaskan bahawa Lubnan adalah mangsa terbaharu konflik yang semakin meluas.

"Orang awam menanggung harga yang sangat tinggi. Serangan udara oleh tentera Israel membunuh dan menyebabkan ratusan ribu orang hilang tempat tinggal," katanya.

Beliau menekankan kepentingan UNRWA di Gaza, sambil memberi amaran bahawa ruang operasi agensi itu semakin mengecil di tengah-tengah serangan Israel.

-- BERNAMA-ANADOLU


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan