BERITA TERGEMPAR   Flood preparation: 459 PPS identified in Kelantan, capable of accommodating more than 100,000 victims - MB | 
 BELANJAWAN 2024 > BERITA

Taufan Milton Hampiri Florida Berserta Hujan Lebat Dan Angin Kencang

10/10/2024 01:23 PM

FLORIDA (Amerika Syarikat), 10 Okt (Bernama-Anadolu) -- Taufan Milton menghampiri pesisir pantai barat Florida pada Rabu (9 Okt), membawa bersama hujan lebat dan angin kencang, hanya dua minggu selepas kawasan itu dilanda kemusnahan oleh Taufan Helene, menurut laporan Agensi Anadolu.

Ketika Taufan Milton semakin menghampiri, pihak berkuasa meningkatkan amaran dan mendesak penduduk agar mengambil langkah berjaga-jaga segera.

Milton dijangka memberi kesan besar kepada kawasan padat penduduk di Teluk Tampa, yang merupakan kediaman lebih tiga juta orang.

Menurut laporan media antarabangsa, lebih lima juta penduduk di sepanjang pantai barat Florida diminta untuk meninggalkan kawasan itu.

Pada Selasa, Milton kembali menjadi Taufan Kategori 5, dengan kelajuan angin sekitar 270 km/j.

-- BERNAMA-ANADOLU


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan