BERITA TERGEMPAR   The future of ASEAN must include Timor-Leste, whose inclusion will expand the region's economy and contribute to fulfilling our grand vision - PM Anwar | Laos secara rasmi serah kepengerusian ASEAN kepada Malaysia | 
 BELANJAWAN 2024 > BERITA

Lebih 300 Peserta Cilik Sertai Ironkids Sempena Ironman Malaysia Di Langkawi

11/10/2024 12:07 PM

LANGKAWI, 11 Okt (Bernama) -- Lebih 300 peserta cilik menyertai Ironkids yang dianjurkan sempena Kejohanan Ironman 70.3 dan Ironman Malaysia 2024 di Langkawi yang akan berlangsung esok.

Walaupun acara yang sepatutnya bermula pukul 8 pagi itu terpaksa ditangguhkan kira-kira 20 minit akibat hujan, ia tidak mematahkan semangat peserta, malah mereka lebih bersemangat terutamanya bagi peserta yang kali pertama menyertainya.

Ironkids itu disertai kanak-kanak berumur satu hingga 17 tahun, melibatkan acara aqualthlon dan larian komuniti yang melibatkan disiplin renang dan larian dengan larian komuniti menyaksikan tiga kategori umur, iaitu larian komuniti untuk satu hingga enam tahun, larian komuniti untuk tujuh hingga 10 tahun, larian komuniti untuk 11 hingga 17 tahun sejauh 1.8 kilometer (km).

Kategori aquathlon pula melibatkan dua kategori umur iaitu peserta berumur tujuh hingga 10 tahun dan 11 hingga 15 tahun dan mereka perlu melakukan displin renangan di laut sejauh 100 meter (m) dan larian sejauh 1.8km.

Seorang ibu peserta Anis Hartini Haron, 43, dari Shah Alam berkata beliau sekeluarga datang memberi sokongan kepada dua anaknya yang berusia sembilan dan 12 tahun, yang menyertai Ironkids buat kali pertama.

“Anak-anak mula belajar berenang seawal usia enam tahun, walaupun displin larian bukan kepakaran mereka tetapi kita mahu beri pendedahan untuk aktif bersukan kerana saya juga aktif bersukan sebelum ini dan dalam perancangan untuk membuat penampilan semula pada Ironman tahun hadapan,” katanya.

Bagi Suhaimi Ahmad, 46, dari Shah Alam berkata dia datang bersama isterinya untuk menemani dua anaknya yang berusia 12 dan 14 tahun yang juga kali pertama menyertai acara aquathlon sempena Ironman Malaysia ini.

“Mereka mula berlatih sejak beberapa bulan lalu dan akan berlatih antara dua hingga tiga jam dalam setiap satu sesi...mereka yakin dengan displin berenang tetapi kurang sedikit pada displin larian tetapi itu tidak mematahkan semangat mereka untuk habiskan acara pagi ini,” katanya.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan