BELANJAWAN 2024 > BERITA

PSMZA Cipta Rekod ‘The Longest Jalur Gemilang Human Trail @ Bukit Bauk’

12/10/2024 01:53 PM

Pengarahnya Zamra Derahman berkata seramai 2,000 peserta termasuk warga PSMZA, penjawat awam dan petugas terlibat dalam menghasilkan formasi Jalur Gemilang sepanjang 2,222 kilometer (km).

Beliau berkata antara objektif utama program untuk menyatu padu dan mengeratkan hubungan  warga PSMZA dengan komuniti setempat selari saranan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir. 

"Kaedah pelaksanaan program iaitu para peserta berbaris di sepanjang jalan Bukit Bauk dari kaki bukit sehingga ke puncak dengan memegang bendera Malaysia (Jalur Gemilang).

"Selain menyuburkan perpaduan antara kaum, program ini juga bertujuan memupuk budaya gaya sihat dalam kalangan masyarakat," katanya pada program ‘The Longest Jalur Gemilang Human Trail @ Bukit Bauk’ di sini hari ini.

Pada majlis itu, Zamra menerima sijil pengiktirafan daripada pegawai MBOR Edwin Yeoh Tiong Chin.

Zamra berkata pengiktirafan berkenaan yang kedua selepas Pembinaan Jam Matahari Pertama Politeknik Malaysia yang diterima pada 17 Okt 2023.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan