BELANJAWAN 2025 > BERITA

China, Vietnam Ikrar Perkasa Kerjasama

14/10/2024 03:51 PM

HANOI, 14 Okt (Bernama-CMG) -- China sedia bersinergi dengan Vietnam dalam melaksanakan konsensus penting yang dicapai pemimpin kedua-dua negara, di samping memperkasa pembinaan komuniti berkongsi nasib yang membawa makna strategik.

Demikian dinyatakan Perdana Menteri China Li Qiang dalam pertemuan dengan rakan sejawatannya dari Vietnam, Pham Minh Chinh di sini, pada Ahad.

Li menyarankan kedua-dua negara terus mempergiat penyelarasan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) dengan pelan 'Dua Koridor Satu Lingkaran' sambil meningkatkan kerjasama dalam pelbagai bidang.

Beliau berkata kedua-dua pihak harus mengekalkan perundingan, mengendalikan perbezaan pendapat dengan baik dan memperluas kerjasama maritim.

Li turut menyatakan kesediaan China untuk memperkukuh koordinasi dan kolaborasi dengan Vietnam dalam pelbagai platform multilateral, di samping berusaha menjadikan tadbir urus global lebih adil dan munasabah.

Tahun depan menandakan ulang tahun ke-75 hubungan diplomatik China-Vietnam.

Chinh berkata Vietnam mahu mengukuhkan kerjasama dengan China dalam sektor kewangan dan pelaburan, selain mempercepat kesalinghubungan infrastruktur pengangkutan.

Vietnam juga bersedia bekerjasama dengan China untuk meneroka model baharu seperti zon kerjasama ekonomi rentas sempadan, memperluas kerjasama dalam sektor baru muncul dan meningkatkan pertukaran dalam pendidikan, pelancongan serta belia.

--BERNAMA-CMG 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan