BELANJAWAN 2025 > BERITA

Trek Dunia 2024: Muhammad Shah Firdaus Kesembilan Acara Keirin

18/10/2024 01:03 PM

KUALA LUMPUR, 18 Okt (Bernama) -- Pelumba negara Muhammad Shah Firdaus Sahrom menamatkan saingan di tempat kesembilan acara keirin lelaki pada Kejohanan Berbasikal Trek Dunia 2024 berlangsung di Ballerup, Copenhagen, Denmark, awal pagi ini waktu Malaysia.

Pelumba berusia 28 tahun terkandas di peringkat separuh akhir selepas mengakhiri perlumbaan di tempat keempat dalam Saringan 1, di belakang pelumba Colombia Kevin Quintero, Kento Yamasaki (Jepun) dan Mateusz Rudyk (Poland) sekali gus memasuki perlumbaan penentuan tempat ketujuh hingga 12. 

Menurut https://www.uci.org/race-hub/2024-tissot-uci-track-world-championships, hanya tiga pelumba layak terbaik dari setiap pusingan mara ke final bagi merebut pingat emas, manakala selebihnya mengharungi perlumbaan penentuan tempat ketujuh hingga 12.

Kento muncul juara dunia keirin 2024, manakala pelumba Israel Mikhail Yakovlev dan Kevin masing-masing membawa pulang perak dan gangsa.

Sementara itu, seorang lagi wakil negara Muhammad Ridwan, yang juga adik kepada Muhammad Shah Firdaus, menduduki tempat kelima dalam pusingan repechage sekali gus tidak layak ke suku akhir.

Muhammad Shah Firdaus akan beraksi dalam acara pecut lelaki, esok.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan