BELANJAWAN 2025 > BERITA

Jumlah Mangsa Banjir Di Perak, Selangor Catat Penurunan, Kedah Kekal

21/10/2024 12:34 AM

KUALA LUMPUR, 20 Okt (Bernama) -- Jumlah mangsa banjir di Perak dan Selangor mencatat penurunan kepada 573 mangsa malam ini berbanding 713 orang petang tadi.

Di PERAK, Portal Bencana Pusat Kawalan Bencana Negara (NADMA) memaklumkan jumlah mangsa yang berlindung di enam pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga daerah ialah 421 orang daripada 122 keluarga malam ini berbanding 553 pada sebelah petang. 

Di SELANGOR, sejumlah 152 orang daripada 57 keluarga masih berada di empat PPS dalam dua daerah berbanding 160 petang tadi.

Di KEDAH, jumlah mangsa banjir kekal 109 mangsa daripada 30 keluarga yang masih berlindung di satu PPS.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan