BELANJAWAN 2025 > BERITA

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi

18/10/2024 08:54 PM

KUALA LUMPUR, 18 Okt (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini, didorong oleh peningkatan permintaan terhadap aset selamat itu, kata seorang peniaga.

Kontrak bulan semerta Oktober 2024 naik kepada US$2,718.00 setiap auns troy daripada US$2,684.40 setiap auns troy semalam manakala November 2024 menokok kepada US$2,733.00 setiap auns troy daripada US$2,701.70 setiap auns troy sebelum itu.

Sementara itu, kontrak Disember 2024, Januari 2025 dan Februari 2025 semuanya ditutup tinggi pada US$2,741.10 setiap auns troy berbanding US$2,707.50 setiap auns troy semalam.

Jumlah dagangan melonjak kepada 22 lot daripada 13 lot pada Khamis, manakala kepentingan terbuka naik kepada 40 kontrak daripada 34 kontrak sebelum itu.

Mengikut penetapan harga London Bullion Market Association pada 17 Oktober, harga emas fizikal berada pada US$2,688.85 setiap auns troy.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan