BELANJAWAN 2025 > BERITA

Peningkatan Peruntukan Kepada Pesawah Komitmen Kerajaan Tingkatkan Pengeluaran Beras Tempatan

26/10/2024 12:55 AM

NABAWAN, 25 Okt (Bernama) -- Peningkatan 5.5 peratus peruntukan subsidi padi dan insentif kepada pesawah dalam Belanjawan 2025 berbanding tahun ini mencerminkan tekad kerajaan bagi meningkatkan pengeluaran beras tempatan.

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Arthur Joseph Kurup berkata keseluruhannya RM2.6 billion diperuntukkan kepada dua perkara berkenaan dalam belanjawan tahun hadapan.

“Peruntukan kepada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menerusi Belanjawan 2025 pula bertambah 4.1 peratus bagi meningkatkan produktiviti sektor agromakanan yang akan mensejahterakan rakyat,” katanya selepas merasmikan Majlis Pemimpin Bersama Pesawah dan Penyampaian Insentif Padi Peringkat Zon Pedalaman Sabah di sini hari ini.

Seramai 15,000 pesawah dari daerah ini, Keningau, Tenom serta Tambunan menerima Bantuan Baja dan Racun di bawah Skim Baja Padi Persekutuan (SBPKP) dan Skim Insentif Pengeluaran Padi (SIPP).

Arthur berkata bagi tahun ini, kementeriannya melalui Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) telah menyalurkan bantuan dan insentif RM54.4 juta kepada pesawah di negeri ini.

Beliau berkata jumlah itu termasuk Bantuan Khas Sumbangan Tunai Fasa 1 2024 berjumlah RM18.6 juta kepada 31,028 orang pesawah dan Bantuan Khas Padiberas Nasional Berhad (Bernas) sebanyak RM7.3 juta yang memanfaatkan 29,473 penerima.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan